Prima Auto Excel merupakan sebuah syarikat perniagaan milik Bumiputra yang dibina dan dibangunkan sebagai memenuhi keperluan dan wawasan negara dalam bidang automotif khususnya berkenaan perkhidmatan pembaikan dan yang berkaitan untuk kenderaan ringan dan berat samada enjin diesel atau petrol dalam bentuk ‘One Stop Service Centre’.
Bengkel Prima Auto Excel yang dibina di atas tanah milik persendirian seluas 0.8 ekar adalah terletak di lokasi yang strategik di dalam kawasan pembangunan Majlis Daerah Kubang Pasu. Terletak di atas lot 154, Kg Paya Nongmi, Jalan Kodiang dan hanya 500 meter diantara Pekan Changlun dan Kolej Matrikulasi Kedah. Syarikat ini dibina pada Julai 2003. Kedudukannya yang dikelilingi oleh kawasan perumahan dan peerkembangan Pekan Changlun yang agak pesat menjadikan bengkel ini semakin mendapat sambutan daripada masyarakat setempat dan luar. Jenis perkhidmatana yang ditawarkan adalah merangkumi servis dan memperbaiki enjin kenderaan, air-cond, mengetuk dan mengecat kenderaan, menjahit dan mereka bentuk kusyen dan perkhidmatan mencuci kenderaan. Syarikat ini mempunyai 20 orang pekerja tetap dan juga menawarkan tempat latihan industri bagi pelajar-pelajar yang ingin membuat praktikal dalam bidang automotif. Sebagai bukti, salah seorang pelajar yang pernah membuat praktikal di syarikat ini ialah Mohd Zaki Abu Bakar, 901120-02-5375 dari Sijil Kejuruteraan Automotif dari IKM Beseri, Perlis.
Seawal penubuhan syarikat ini, keselesaan dan kemudahan untuk pelanggan sentiasa di titikberatkan. Antara kemudahan yang disediakan adalah kemudahan pembayaran secara tunai atau cek, kad kredit atai visa, bilik rehat yang berhawa dingin yang dilengkapi dengan tv dan alat bacaan, bilik solat, tempat letak kereta yang mencukupi bagi pelanggan, kawasan atau medan ujipandu yang luas bagi kenderaan yang menjalankan pemeriksaan disitu dan tempat penyimpanan kereta yang berbumbung dan selamat serta pengawal keselamatan turut disediakn untuk menjaga kepentingan syarikat dan aset pelanggan. Waktu operasi syarikat setiap hari Sabtu hingga Khamis dari jam 9am-6pm dan akan ditutup setiap hari Jumaat.